Monday, August 25, 2008

Kongsi Pengalaman Hamil ...(Testimoni Pengasas NQ)

Salam buat semua...

Selamat melayari laman blog ikhtiar zuriat..lama blognie tak diupdate. sebenarnya ada kisah sebaliknya. Setiap ujian Allah ada HIKMAHNYA itulah sebahagian cabaran & hikmah penantian zuriat saya yang ketiganie. Bercerita tentang pengalaman utk mendapatkan zuriat ketiga ini hampir 1/2 tahun juga kami berusaha maklum shj kesibukan dengan pengajian Master, kerjaya, perniagaan secara online dan merawat arwah ibu memerlukan komitmen dan penumpuan.Apapun saya amat bersyukur PENTADBIRAN ALLAH SANGAT HEBAT..kesempatan beberapa bulan menjayakan ILMU TENTANG SAINS MINDA, MEDITASI ISLAM & PENGAMBILAN PRODUK menampakkan hasil yang diharapkan...dan YANG PALING UTAMA DISINI, PENANTIAN INI MEMBERIKAN KESEMPATAN BUAT SAYA MENYELAMI PERASAAN & HARAPAN YANG SENTIASA BERBUNGA DI HATI PASANGAN YANG MENANTI KEHADIRAN CAHAYAMATA...setiap kali datang bulan tidak dinafikan perasaan sedikit kecewa tapi tidaklaa berat sangat beban emositu sebab saya maklumi dengan suasana dan perjuangan baru kehilangan arwah ibu yang tersayang...saya melalui proses grieving yang normal spt insan-insan lain cuma bezanya saya ALLAH izinkan saya meneroka ilmu dahulu baru diuji. Maka dengan itu saya lebih memahami bagaimana untuk menggunakan ilmu yg dipelajari untuk membawa diri keluar dari kesedihan kehilangan insan paling saya sayang di dunia ini.

STRESS...EMOSI YANG TERPENDAM...SEJARAH LAMPAU..SKRIP-SKRIP NEGATIF YANG DIKUTIP SANGAT MERBAHAYA!!!Daripada pengalaman saya mengendalikan sesi kaunseling dan rawatan ANCAMAN-ANCAMAN ini merupakan sebahagian PUNCA ENERGY DOA @ HAJAT bergerak dalam momentum yg sangat perlahan dan MELETIHKAN...Pelbagai usaha dilakukan namun SEMUANYA SEAKAN SIA-SIA BELAKA...cth paling mudah kadang pergi berubat sana-sini...jumpa Doktor...doktor rahim senget, rahim terbalik, sperm count kurang, jumpa bidan, Ustaz ataupun bomoh ada masalah saka...Haa! Tudia...dalam masa sama DOK BERDOA PADA ALLAH tapi suatu sudut dlm minda...berkata...Ohh! Patutlaa aku tak dapat zuriat ada gangguan...ohh! patutlaa tak de lagi...ada masalah...lagi rasa tertekan , sedih....putus asa. Seolah-olah unsur-unsur tadi LEBIH HEBAT KUASANYA drpd ALLAH SWT...macam mana Allah nak izinkan....KAMU TIDAK MENGAKUI KEHEBATANNYA...tambah pula berdoa dalam energy tekanan memanglah meletihkan...masa terbuang, wang ringgit habis...komunikasi suami isteri boleh menjadi dingin dan macam-macam lagi...itu sebahagian catatan perjalanan kisah-kisah kehidupan di sekitar kita...

Tidak dinafikan juga sebahagian faktor biologi yang mungkin dipengaruhi oleh genetik, nutrisi tubuh...pengambilan makanan yg tidak seimbang almaklum shj...dunia harinie serba cepat...makanan spt fast food, air gas, ayam injek...(tu yg kadang body pun naik sama naik macam ayam injik...jangan marah!)Maksud saya disini...kadar pencemaran dlm makanan, air, udara...pemakaian pad wanita yang berasaskan bahan-bahan terbuang & penggunaan bahan kimia antara faktor yg kita terlepas pandang...Satu sudut lagi...STRESS DARI SEGI KERJAYA...itu tak masuk bercerita hutang keliling pinggang...dan INI KELAZIMAN BAGI PARA SUAMI...MEROKOK...merokok juga dikenalpasti sebahagian faktor yang melemahkan kualiti sperm yg dihasilkan.

Apapun cabaran dan masalah yang HADIR...JANGAN KHUATIR!!! ALLAH ITU MAHA KAYA...ada resolusinya...setiap masalah ada PENYELESAIANNYA...disekeliling kita , dalam diri kita KUASA @ AGEN PENAWARNYA....dan inilah insyaAllah yang akan kita kupas di dalam sesi nanti...

Sambung pengalaman peribadi saya sendiri...KESAN GRIEVING KEHILANGAN ARWAH IBU...tanpa disedari menyebabkan berat badan saya naik secara mendadak...REMEMBER BILA DALAM KEADAAN STRESS (perlu difahami STRESSnie bukan shj melibatkan isu bebanan emosi yer tapi STRESS JUGA BOLEH BERPUNCA DARI KESIBUKAN @ KURANG REHAT...ianya akan memangkin pertumbuhan sel-sel yg tidak sihat dlm tubuh kita ini termasuklaa menjadi YEAST @ MANGKIN menyebabkan berat badan naik apatah lagi dgn pil-pil kesuburan...kesan yg lazim kelihatannya maju kehadapan tak kunjung tiba yang hadir maju ke PAKSI X...Daripada berat sekitar 57kg pd Ogos 2007 Mei 2008 berat saya mencecah 70kg...kesannya 4 bulan period saya jadi hair wired...konsult dgn Dr Gynae mujurlaa hanya pearl cysyt dimana telur tak lepas disebabkan selaput tebal sekeliling...rentetan drpd perkambangan tersebut SAYA BERTEKAD UTK MENYINGKIRKAN SEGALA TOKSIN & KEDARAK YANG ADA DI DALAM TUBUH...

Sebelum kita nak sayang orang lain, inginkan bayi dalam kandungan sihat dan sejahtera perkembangan ibunya dulu PERLU SIHAT. Alhamdulillah PENGALAMAN PERIBADI BERKECIMPUNG DALAM DUNIA PRODUK KESIHATAN DIGABUNGJALINKAN DGN KUASA DOA, MINDA, AIR saya rangkumkan...alhamdulillah tremendous result saya perolehi...hanya dalam tempoh 5 hari saya berjaya menurunkan berat badan 5.5kg...

4hb May 2008 : 70kg
9hb May 2008 : 64.5kg
23hb May 2008 : 63.5kg (selepastu tak turun-turun)

Kenapanie, pelik juga???Period tak datang lagi dah lewat hampir 3 minggu...Subhanallah syukur pada Allah patutlah rupa-rupanya dah hamil masuk 2 bulan rupanya...

Itulah kisahnya...kesan hamil yg ketiga agak teruk sedikit alahannya...kini alhamdulillah nak masuk 6 bulan barulah back to normal tahap kecergasan diri kalau tidak rasa macam biskut lemau masuk anginjer...dan alkisahnya juga ianya sebahagian kesan pil obumin...bagi yang mengalamai alahan yg agak teruk disarankan mengambil obumin di waktu malam...(Thanx to Dr Niraj for the tips kalautidak tak tahulaa lama mana lagi nak jadi biskut lemau)...Itulah kisah kehidupan manusia akan diuji seiring dgn tahap keimanan & ilmunya...teringat saya beberapa orang PAKAR PERBIDANAN SENDIRI yang diuji dengan penantian zuriat...mujurlah saya tidak diuji lebih lama lagi, penantian sekadar 6 bulan pun sudah terasa sedikit bahang & keterujaan menambah seri ahli dalam keluarga...dengan bakal abang ngah saban hari bertanya bila kita nak ada baby....bila kita nak ada baby...next week??Oh yes dear! Ibu boleh buat magic yer...harinie mengandung esok dah boleh keluar baby...

Sekian catitan peribadi dari saya...JANGAN SESEKALI PUTUS HARAP AKAN RAHMAT ALLAH...ada hikmah setiap kejadian yang disuratkan untuk kita...lagipun dah banyak nikmatNYA kita ambil jadi apa salahnya satu sudut yang lain ditangguhkan sebentar...moga-moga kita akan LEBIH HAMPIR DENGANNYA...tidaklah kita alpa dan lalai ...kufur dalam nikmatNYA...

Doakan kesejahteran kami...disini! Dan tidak lupa semoga kedatangan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi membawa seribu rahmat & berita gembira buat rakan-rakan yang masih dalam penantian...Semoga doa & ibadah kita diterima Allah swt...Amin..InsyaAllah...

Salam Ramadhan Al-Mubarak;
Pn ANiz Hj Anwar...28/8/08