Thursday, December 6, 2007

Mengapa Saya Ingin Membantu???

Salam buat semua...

Terima kasih krn melayari laman blog ini. Pengalaman dan latar belakang dan penglibatan dlm bidang kaunseling, perawatan Islam juga perniagaan secara online menemukan saya pada banyak kisah-kisah kehidupan. Lain insan lain cabaran & ujiannya. Namun yg pasti di sebalik ujian Allah ini tersingkap seribu hikmah dan pengajaran yg cukup bermakna sebenarnya.

Bukan seorg dua yang menitiskan air mata bila membicarakan penantian zuriat mereka. Saya memahami sungguh penderitaan dan kegusaran hati mereka. Jujur pengalaman dan perjalanan masa banyak mematangkan saya, saya sendiri datang dr keluarga yg kecil dimana saya sendiri merupakan anak tunggal. Sesungguhnya saya TIDAK KESAL dilahirkan dalam keluarga yg kecil begini cuma kadang saya terfikir ...bagaimana andai suatu hari Allah jemput saya pulang...siapa yg akan membantu ibu di alam barzakh manakala ayah yang usianya juga sudah merangkak senja cuma mujur beliau masih gagah dan sihat. Inikan pula kalau tiada zuriat...TAMBAHPULA kes-kes kebejatan sosial, konflik rumahtangga dan huru-hara dunia akhir zaman...MERUPAKAN TITIK-TOLAK dr sini memberikan saya keazaman dan kekuatan untuk menabur bakti dlm membantu pasangan yang mendambakan kehadiran zuriat.Moga-moga, kehadiran cahayamata..new khaifah ini dapat memberi sinar kebahagian pd mahligai yg dibina dan PEWARIS UNTUK MENEGAKKAN SYIAR ISLAM PADA ERA AKHIR ZAMAN INI.Saya berbesar hati dan berharap semoga ILMU, PENGALAMAN & KEPAKARAN yang dipinjamkan Allah dapat membantu lebih ramai lagi pasangan di luar sana yang diuji dengan penantian ini.

InsyaAllah dengan niat yg ikhlas dan usaha juga doa yang dipohon ke hadrat Ilahi moga-moga usaha murni ini mampu memberikan kejayaan yg diharapkan.

PERCAYA AKAN POTENSI DIRI, JANGAN MUDAH PUTUS ASA, SABAR &
ISTIQAMAH , INSYAALLAH IMPIAN MAMPU BERUBAH MENJADI
REALITI...Tiada yang mustahil untuk dikecapi...Allah sendiri tidak akan mengubah nasib kita sekiranya kita sendiri TIADA INISIATIF @ USAHA untuk mengubahnya...BERI RUANG...BERI PELUANG...MEREKA TELAH BERJAYA MEREALISASIKANNYA, ANDA BILA LAGI???SELAMAT MENCUBA...SEMOGA ANDA BERJAYA!!!InsyaAllah...

~ WE AT NQ WOULD LIKE TO GROW IN WISDOM WITH THOSE WHO WANTS TO GROW WITH US ~

~Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362
Master In Counselling
Counsellor / Therapist / Trainer
Nur Qudrah Holistic Solution

No comments: